Jumaat, 29 April 2016

CARA NAK BERUBAH

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini. Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya.. Pada catatan saya kali ini saya akan menulis tentang cara nak berubah. Bukan berubah jahat jadi semakin jahat tapi baik kepada semakin baik atau jahat kepada baik..

   First sekali saya nak ucapkan TAHNIAH kepada anda kerana anda ingin berubah. TAHNIAH!!! Teruskan.. !! Abaikan orang-orang yang memandang rendah kepada anda kerana Allah memandang tinggi kepada anda. Setelah banyak rujukkan yang telah saya buat akhirnya saya dapat idea untuk menulis tentang ini. Semoga kita semua dapat manfaat darinya..
Nak berubah tu senang tapi nak laksanakan tu yang susah betul tak.? Jesteru itu check semula apa sebab anda ingin berubah. Adakah kerana Allah atau kerana manusia... Kalau anda berubah kerana Allah anda telah berjaya melawan syaitan, hawa nafsu, dan faktor persekitaran anda..

               Saya akan teruskan penulisan dengan cara nak berubah oke....

1. TERUS BERUBAH BILA RASA NAK BERUBAH

-JANGAN tangguh-tangguh wahai kawan. Bila mana terasa je nak berubah teruskan. Jangan tunda-tunda. Oke saya bagi contoh. Bagi kalian lebih memahami maksud terus berubah tu. Contohnya, anda bangun tidur jam 800 a.m. sudah tentu bukan lagi waktu subuh kan. Terus bangun pergi ambil wuduk. Solat qada'(solat ganti) kalau anda dah lama tak solat... Baca quran. If tak sempat sebab nak pergi kerja dll berzikir lah berselawat... InsyaAllah ia dapat melembutkan hati... Ingat tau jangan tangguh-tangguh "ehh sekarang bukan waktu subuh, tunggu zohorlah. NO !!! JANGAN!!! Percayalah MUNGKIN korang tak akan buatpun... Syaitan dah tau kalian nak berubah lagi lah dia kuat menghasut kan??


2. BERHUBUNGAN DENGAN ALLAH DALAM SOLAT

- Dengan solat yang tertib anda akan dapat merasakan ketenengan dan kedamaian yang belum pernah anda rasakan sebelumnya. Anda berubah sebab nak cari Allah yang dah lama hilang dari diri andakan? NO !! Allah tak hilang. Bahkan Dia sentiasa ada bersama anda. Walaupun anda tidak pernah ingat akan dia. Kalau Allah hilang dari anda mana mngkin anda nak berubah... Percayalah Allah sentiasa ada walaupun kita lupakan dia.. Malah dia sentiasa hantar orang baik-baik pada kita. Misalnya, anda pergi jalan-jalan anda akan nampak manusia yang menutup aurat dengan sempurna ada yang keluar masuk masjid atau surau untuk solat. Allah nak kita berubah jadi baik. Baikkan Allah... Tapi kita masih buta... Dengan solatlah kita akan mendapatkan kekuatan untuk meneruskan perjalan dalam perubahan diri. Kawan, nak berubah bukan sekejap tapi lama. Sampai kita meninggal.. Dari jahil kepada baik, dari baik kepada terbaik, dari terbaik kepada lebih baik sampai tiba masa kita kena pergi...


3. TAMPUNG ISTIQAMAH DENGAN ISTIGHFAR

-Yang dimaksud istiqomah adalah menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri maupun ke kanan. Istiqomah ini mencakupi pelaksanaan semua bentuk  ketaatan (kepada Allah) zahir dan batin, dan meninggalkan semua bentuk larangan-Nya.
Inilah pengertian istiqomah yang disebutkan oleh Ibnu Rajab Al Hambali.

Rasulullah suka amalan yang sedikit tetapi istiqamah.... Oleh kerana itu tampunglah istiqamah dengan istighfar untuk berubah walaupun sedikit... 


4.FUTUR JANGAN SAMPAI LUNTUR

- Cabaran bila nak berubah ialah terpaksa lalui macam-macam ujian yang disukai. Maksudnya dulu anda seorang kaki tv. Anda dah stop dari tengok tv atas sebab anda tahu hiburan yang haram dilihat. (Boleh tengok 5 jenis hiburan untuk mengatahuinya.). Tiba-tiba ada channel yang sangat menarik untuk ditonton. Haa. lebih kurang macam tu lah. Cabarannya... Bak kata Ustaz Adnin Roslan "kalau jatuh bangkit, jatuh bangkit, kalau tak bangun-bangun anda akan terus lemas dalam maksiat"...
P/S : Maksud FUTUR ialah  ialah satu perasaan lemah semangat dalam melakukan 3 tanggungjawab
 1)Antara dua tarikan
2)Futur yang di hiasi itu tarikan syaitan
3)Tarikan yang berulang-alik 
(Na tau lebih lanjut boleh buka ni Futur



5. HIJRAH DARI DEMENSI MAKSIAT

-Cara nak hijrah dari demensi  maksiat ialah cari sahabat yang dapat membimbing kita agar kita jadi lebih baik. Dampingi alim ulama', selalu menghadiri ceramah-ceramah, sentiasa berzikir dan sentiasa membaca al-quran agar hati akan lebih lembut...


6. UBAT DENGAN TAUBAT

-Taubat dari kesilapan yang lalu. Berazam tidak akan buat lagi. Bila dah taubat hati pasti akan lebih tenang.. Dan pasti akan lebih mudah utuk berubah menjadi insan yang hebat.


SEKIAN.....

P/S : Rujukkan dari Tarbiah Sentap (erti futur).....





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan