Sabtu, 21 Mei 2016

Terbaik Dan Terindah

Alhamdulillah sampai sekarang saya masih sihat dan masih di izin kan Allah untuk saya teruskan perjuangan..

Assalamualaikum untuk pembaca blog ini...

Tahniahhh !! Sebab anda dah sampai ke blog saya yang tak seberapa indah nie. Huhuhu..

Berbalik pada tajuk. Apa yang terbaik dan terindah tu ?? Haa... Yang terbaik dan terindah itu adalah percaturan Allah... Allahhuakbar..

Nak story mori sikit boleh kan??? Saya berani berterus terang dengan anda semua bahawa saya dulu bukan minat sangat nak sekolah agama nie. Tapi atas desakaan keluarga, saya teruskan juga. Dan akhirnya telah tamat pon di sekolah agama... Kemudian saya bakal bersambung ke KUIPSAS. Tu adalah pilihan saya sendiri, tanpa desakkan family.. Sungguh Allah memang sebaik-baik perancang. InsyaAllah saya akan ambil course Diploma Pengajian Islam pengkhususan Dakwah Dan Pengurusan dan ia juga adalah pilihan sendiri. Family always sport.. Doa kan saya berjaya sampai mendapat segulung ijazah yea..

So, kalau anda sekarang berasa dah give up dengan Allah, Allah tak pernah dengar doa kalian maknanya kalian silap BESAR.. Anda boleh semak Al Quran Surah Al- Baqarah ayat 186... Anda akan tahu jawapannya..

Ingat tau Allah sentiasa ada. Kalau doa kalian, kalian anggap Allah tak pernah kabul kan korang silap sebab mungkin Allah telah kabulkan dan Dia bagi yang lebih baik dari apa yang anda inginkan. Allah adalah sebaik-baik perancang...

P/S : Jangan pernah sangka buruk pada Allah. Dan jangan tangguh taubat. Bila futur segera bangkit. Futur bangkit... !!! Allah maha pengampun.