Selasa, 19 April 2016

5 JENIS HIBURAN

Alhamdulillah Dapat lagi saya meneruskan penulisan di blog ini.
Assalamualaikum para pengunjung yang beragama islam sekalian.

Tahukah anda semua apakah yang dimaksudkan dengan hiburan?. Saya sangat yakin semua orang tahu apa itu hiburan. Hiburan ialah sesuatu yang dapat menenangkan jiwa. Bila tengok/buat "hiburan" tersebuat hati jadi tenang. Rasa terhibur. Tapi apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah hiburan sebagaimana yang boleh dan tak boleh? Nah.... Jangan bingung. mesti anda semua fikir selagi tak hiburan yang tak bertentangan boleh tengok. Japp. Korang tau ke apa yang boleh apa yang tak boleh? Mesti dalam otak korang yang boleh adalah semua jenis hiburan except bahan lucah. maybe ada cakap ala tengok bahan lucah bukan selalu jarang-jarang tak ada hal lah. Tengok je. Bukan buat pon. Ini adalah segelintir dari pandangan pendapat sesetengah orang. Tak kisah lah dari lelaki mahupun wanita.

TAHUKAH ANDA : 
Hukum hiburan terbahagi kepada 5.. Mesti semua terkejut. "Hiburan pon ada hukum ke"
Saya akan huraikan satu persatu 5 hukum berhibur.

  • WAJIB DAN SUNAT

- Hiburan yang wajib  dan sunat ialah segala jenis bentuk hiburan yang diwajibkan/disunatkan oleh Allah dan Rasul.
Contohnya seperti solat, zikir,bersedekah,berselawat dan sebagainya.
Ramai orang akan cakap solat dan sebagainya tu "hiburan ke" tu ibadah. Mana boleh samakan hiburan dngan ibadah.
JAWAPANNYA :
- Bagi orang-orang yang beriman hiburan wajib dan sunat itu adalah hiburan bagi mereka. Manakala mereka yang merasakan hiburan wajib/sunat itu langsung tidak menghiburkan dan dianggap sebagai satu beban maka periksalah hati anda kerana orang yang sebegitu iman mereka ada masalah.

  • HARUS
-Hiburan yang harus ialah segala bentuk hiburan yang tiada unsur haram di dalamnya. 
- Contohnya seperti yang mana pelakon-pelakon mematuhi syariat islam(menutup aurat, tidak brpegangan tangan antara lelaki dan perempuan), tiada unsur pergaulan bebas, bercinta sebelum nikah, zina dan sebagainya.
  • MAKRUH
-Hiburan yang makruh ialah hiburan yang HARUS dibuat secara berlebih-lebihan.
  • HARAM
-Hiburan yang haram ialah segala hiburan yang bertentangan dengan syarat-syarat hiburan yang harus.


SOLUSI :

Sabda Nabi " apabila kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan. Jika tidak mampu cegahlah dengan lisan. Jika tidak mampu cegahlah dengan hati dan ia adalah selemah-lemahnya iman.''
Ulama` pernah menyebut 3 cara mencegah dengan hati ialah :
1. Rasa benci dengan maksiat tersebut
2. Jauhi maksiat tersebut
3. Berazam untuk tegur bila kita dah mampu.
*Jika tidak buat 3 perkara ini apabila melihat maksiat itu bermakna hati telah mati tiada lagi iman.*

P/S : kalau tak nak buat tak payah tengok tahan nafsu godaan syaitan tu.
aku boleh kenapa tidak kau. Aku pon dulu kaki tv jugak.... Ingatlah jika kita nak berubah kepada kebaikan Allah sentiasa membantu. Kalau korang nak berubah kepada kejahatan syaitan sentiasa membantu.

-TQ-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan