Jumaat, 24 Jun 2016

Kunci Kebahagiaan

Assalamualaikum... Kita hari ini masih ada lagi yang masih tercari-cari kebahagiaan. Namun demikian, ada yang dah bahagia tapi tak reti nak bersyukur.. Allahu.... Jangan lah macam tu...

Kali ini , saya nak kongsikan apa yang saya ketahui dan pelajari... Harap perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kebahagian.. Huhu...

Terdapat banyak kunci kebahagian. Tapi kali ini saya nak share kan kunci kebahagian menurut Imam Ali Bin Abi Talib... Terdapat 7 kunci kebahagian menurut beliau..

So, mari kita baca apakah ia...

1. Jangan membenci siapapun sekalipun ada yang menyalahi hakmu.

2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

6. Tersenyumlah walaupun hati anda sedang menangis.

7. Jangan memutuskan doa untuk saudara mukmin.

Haa... Dah tau kan??? So amalkan lah...

-SEKIAN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan