Rabu, 3 April 2019

MANUSIA

SEMUA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH S.W.T ADA HAK.


Assalamualaikum pembaca semua.. saya harap kalian dalam keadaan jiwa yang tenang.
posting kali nie tak tau laa nak story macam mana.. orang alim pon boleh futur... ini kan pulak saya yang tersangat hina lagi tak ada apa-apa... pssssss... kalau nak tau lebih jelas futur itu apa, boleh laa pergi ke post saya yang sebelum ini atau kalau nak lebih info boleh klik maksud futur dengan lebih jelas.

tak nak banyak bunyi nanti orang jemu.. kita terus pada topik.. hak apa yang saya maksud kan tu??
banyak hak yang manusia boleh dapatkan... contohnya hak berada dalam keadaan yang aman dan makmur. hak memliki apa yang dimahukan... ehhhhh.. banyak lahh.. Tapi yang paling penting sekali, hak untuk berubah kepada lebih baik.

manusia zaman sekarang... cepat sangat menjatuhkan hukuman pada seseorang tu. walhal dari menghukum lebih baik memimpin.. betul tak??
benar... tak ada manusia yang sempurna.. sebab kita cuma hamba.. jadi masing-masing ada hak untuk berubah. Kalau kita memang berniat nak berubah teruskan.. abaikan apa yang manusia cakap.. nak tau cara nak berubah boleh baca di sini.

perubahan kita itu hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu. manusia takkan pernah nampak perubahan itu. sebab apa... sebab mereka merasa bahawa diri mereka sempurna. tapi mereka lupa bahawa mereka tidak layak mengambil kerja Allah. menghukum mengadili manusia itu kerja Allah.. bukan manusia..

jadi teruskan buat apa yang mengarahkan diri anda kepada kebaikan... yang tentukan syurga pahala neraka dosa bukan manusia,... Tapi Allah.. jadi..... jangan takut.. teruskan... biar buruk di mata manusia.. tapi indah di sisi Allah..


bayangkan... Allah turunkan 1% sahaja cinta-Nya di bumi. tapi 99% peratus lagi Dia simpan untuk kelak... cinta yang 1% tadi itu, dibahagikan lagi kepada jutaan makhluk-Nya. macam manusia, pokok, haiwan dan lain-lain.. so berapa peratus je cinta tu yang kita dapat?? cinta yg 1% dibahagikan pulak tu pon kita dah terasa indah bahagia... tak nak ke yang lagi 99% tu???

jadi abaikan lah orang nak pandang buruk pun pada kalian... keep strong. teruskan... sebab anda bukan keseorang...

macam orang cakap... mulut manusia itu tak akan pernah berhenti untuk mencerca manusia yang lain. nanti dia penat, dia diam lah.. okeyhhh....

maaf jika ada salah dan silap... sebarang pertanyaan atau perkongsian boleh terus ke rasyaasyafs@gmail.com... atau maklumat yang ada di blog ini. untuk lebih mudah. boleh baca versi web.

sekian...



Khamis, 11 Oktober 2018

Areef- Surat Cinta Untuk Aqsa



AREEF - Surat Cinta Untuk Aqsa.
Lirik: Virgoun, Ustaz Adnin, Areef.
Lagu asal: Virgoun.
TARBIAH SENTAP RECORDS

******

Ku tuliskan kenangan tentang
Mengapaku mencintai kamu
Tentang apa yang membuatku mudah
Menyedari kewujudanmu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan sucimu
Kan teramat panjang puisi
Tuk menyuratkan cinta ini

KORUS:
Telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu

Tak pernahku berfikir tentang
Dirimu tidak lagi milikku
Tak mampu ku melihat lagi
Dirimu terus di nodai

Aku selalu bermimpi tentang
Indahnya hari pembebasanmu
Sungguh cantik indah dan bahgia
Meskipun mimpi, yakinku pasti

Kerna janji Tuhan itu pasti
Kemenangan kita bukannya mimpi, 
Tangis telah ku habiskam
Aqsa cintaku hanya untukmu

Dan telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku, hanya untukmu

BRIDGE:
Untukmu
jiwa dan darahku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Kau tetap milik kami

LAST CHORUS 

Telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu

Namun janji Tuhan itu pasti
Kemenangan kita bukannya mimpi, 
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu

Kau akan ku bebaskan
Aqsa cintaku hanya untukmu



Thanks.... Sama-sama kita hayati lirik dan makna lagu ni... Disamping kita menadah tangan mendoakan kesejahteraan saudara seislam kita..

Ahad, 7 Oktober 2018

SHORT STORY ( DIA MENDENGAR )

Assalamualaikum. untuk posting kali ni nak karang cerita pendek sikit lah.. lama dah tak buat karangan. last SPM. huhuuhu~~~

Bismillah.....

         kehidupaan berjauh dari keluarga mengajar Widad erti berdikari. Widad merupakan seorang pelajar universiti tempatan di Negeri Johor. Bukan sekali ini dia berjauhan dengan keluarga. sejak dari sekolah menengah widad sudah belajar hidup berjauhan dari keluarga. keluarganya benar-benar mempercayai dirinya. hal ini kerana widad sememangnya seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan dirinya. dengan berpakaian yang mematuhi syariaat islam. sememangnya tiada lelaki yang berani untuk menambil kesempatan.
       pada suatu hari, seorang rakannya mengajak widad untuk keluar bersiar-siar sementara cuti masih berbaki. berat hati untuk membuang masa kerana peperiksaan akhir akan menjelama tidak lama lagi. mengenangkan rakannya juga seorang wanita tidak elok seorang wanita keluar berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya. malahan hari pula akan menjelang senja. tanpa mengikut kata hati yang melarang dirinya untuk keluar dia pun keluar bersama sahabatnya dengan rakan lelaki yang tadi.
      setelah segala urusan sahabat baiknya itu selesai, widad mengajaknya untuk pulang kerana banyak lagi tugasan yang belum diselesaikan. namun. rakannya menolak. rakannya mengajaknya untuk bermalam diluar. sekali lagi tanpa berfikir panjang widad pun memperstujuinya. berdailog widad dengan hatinya "bukan selalu dapat overnight di luar".
     rakan lelaki mereka pun meminta izin untuk pulang terlebih dahulu kerana dia mempunyi kerja yang perlu diselesaikan kerana rakanya telah menelefon untuk menjadi jurugambar bagi majlis sambutan hari lahir.
      Tinggal lah dua sahabat tadi berdua dibandar. widad bercadang untuk menelefon rakan sekolah menegahnya untuk lepak bersama mereka kerana lelaki terbabit menyatakan rumahnya mempunyai permainan video game. widad dan rakanya, yaya adalah seorang kaki game. yaya juga menyokong pendapat widad untuk melepak bersama rakan sekolah menengah widad tersebut. seraya itu, widad pun menelefon rakan sekolahnya itu. dalam beberapa jam rakan lelaki tersebut datang untuk menjemput widad dan yaya di sebuah lokasi yang telah dikatakan oleh widad.
        setelah beberapa minit memusing bandar johor, rakan lelaki widad mengajak mereka untuk makan malam di sebuah kedai makan yang berhampiran terlebih dahalu sebelum pulang ke rumah.
di kedai makan tersebutlah mereka mula beramah mesra bagaikan tiada batasan. apabila diri gagal dikawal batasan juga tidak diendahkan lagi. usai makan malam, mereka begerak pulang ke rumah rakan sekolah widad yang bernama faiz.
       apabila tiba dirumah faiz, faiz meminta izin untukterlebih dahulu untuk membersihkan diri kerana faiz belum mandi dari pulang kerja. widad dan yaya hanya menanti didalam kereta kerana selepas faiz selesai mandi mereka akan meronda sekitar kawasan johor tersebut. dalam beberapa minit kemudian, faiz selesai mandi. mereka bertiga pun meneruskan aktiviti malam mereka tersebut.
     tiba-tiba, rakan yaya menelefon yaya dengan menyatakan dia ingin berjumpa dengan yaya sebentar.  terdetik didalam hati widad akan kegusaran untuk tinggal berdua dengan faiz. apa yang boleh dia buat oleh widad dia terpaksa akur dengan keadaan yang memaksanya untuk berdua sementara yaya berjumpa dengan rakannya. jam telahpun menunjukan jam 3:00 am. yaya masih tidak menelefon widad. mata pun bagaikan meniup untuk menutup kelopak. widad akhirnya tewas. dia tertido di dalam kereta.
   dalam masa yang sama, faiz yang sedar akan perbuatan widad tersebut, segera faiz membawa widad ke rumahnya. tanpa widad sedari dirinya telahpun berada didalam rumah faiz dan hanya ada mereka berdua didalam rumah yang gelap diterangi lampu dapur. faiz mengangkat widad tidur di sofa ruang tamunya. dia melihat widad tidur dengan lenanya. lantas dia pun tidur bersebelah widad di sofa tersebut. tiba-tiba faiz terjaga dari tidur. dia melihat widad masih lagi tidak sedarkan diri. lantas, nafsu seorang lelaki pun tiba. faiz cuba mencium widad namun masih tiada tindak balas dari widad. faiz mengangkat widad masuk ke kamar tidur nya. tanpa berfikir dosa dan pahala, faiz menyelak baju widad. lantas widad tidak memberi tindak balas juga. faiz cuba pula untuk membuka kain yang dipakai oleh widad. bingkas widad bangkit dari lena tidurnya. dia cuba sedaya upaya untuk melawan kudrat yang dimiliki oleh sang lelaki yang lebih sasa dari tubuhnya. tak terlawan oleh widad. wanita lemah itu itu hampir menjadi korban lelaki bersifat binatang tersbut. didalam hatinya hanya mampu berdoa semoga Allah mendatangkan keajaiban untuk dirinya. tiba-tiba, telefon widad berbunyi, menandakan yaya meminta untuk faiz mengambilnya. lega dihati hanya Allah sahaja yang tahu. jika lambat beberapa saat,widad akan hilang martabat sebagai seorang wanita suci..


sekiannn..... terima kasih.....


letakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah. percaya bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang dipohon oleh hambaNya yg taat. batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram harus dijaga dengan sebaiknya agar pekara yang tidak baik dapat dielakan. ingat.... lelaki mahupun wanita yang bukan mahram diharamkan untuk keluar berdua-dua tanpa ditemani oleh mahram...

perhatiannnn..... cerita tersebut hanya rekaan semata-mata agar dapat menjadi peringatan untuk kita semua.. wasalam..
 (maaf jika ada tersalah bahasa tertypo hehehe)

PATAH HATI

Assalamualaikum para pembaca. Dah lama tak update blog. Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan views saya ramai yg cari fasal "cinta".. Cinta tu senang je nak cari. yang susah nak cari itu sayang. Apa beza sayang dan cinta? Anda fikirkan sendiri. sebab tu bukan point yang saya nak sampaikan.
Pernah atau tidak anda bayangkan sesuatu yang anda cinta sayang suka itu musnah atau ia sukar untuk anda dapati. sedihkan? kita mesti nak apa yang kita nak, kita akan pertahankan.
oke semua.... saya buat perumpamaan yang semua orang suka. ibarat anda suka akan seseorang. anda dah luahkan segala yang terbuku dalam hati pada si dia. and the last.... dia reject... mesti anda broken teruk kan? anda masti akan cuba sedaya upaya buat dia suka pada anda kan?

next........

Perumpamaan tersebut bererti Perasaan cinta anda pada Allah. pernah tak, anda berdoa punya doa satu pon Allah tak makbulkan.. Anda silap sebenarnya. Allah dahpun makbulkan. cuma anda je yang tak perasan. mungkin Allah telah berikan yang lebih baik dari apa yang anda pohon. Apapun yang berlaku selayaknya anda berterima kasihlah pada Si DIA.  sekiranya anda merasa apa yang anda nak tu tak pernah didengari, teruskan berdoa. jangan pernah patah hati dengan Allah.


sekian....

Sabtu, 11 November 2017

Pilihan Di Tangan Anda

Assalamualaikum.. sekian lama.. fuhh.fuhhhh.. blog daa berhabuk.. uhukss.. harap kalian sentiasa dalam keadaan sihat..aminn... Apa khabar semua?? 2017 tinggal beberapa minggu nak tutup tirai.. 2018 will open the new journey... achehh. speaking pulekss. hahaha...

Awak semua... tanpa kita sedar dalam 12 bulan bersamaan 1 tahun ni, kita dah banyak buat amal kebaikan dan buat amal kejahatan.. ( kejahatan amal ke).. what everrrr..... Boleh bilang or catat tak berapa banyak semua tu yang kita dah buat??? siapa ada catat nanti email saya.. saya bagi hadiah pen sebatang.. hahahaha.. Mesti tak ada kan?? sebab siapa je mampu buat benda tu selain malaikat.. betul kan?? so biarkan malaikat buat kerja dia... untuk mudah kan kerja malaikat.. awak semua pilih lah nak buat kebaikan or keburukan lebih.. senang nanti nak hitung. so pilih kebaikan okeyhh?? tinggalkan keburukan... tapi.... awak semua tau ke macam mana nak tinggalkan tabiat yang boleh mendatangkan dosa tu??  kalau tau boleh stop sampai sini......... sebab saya nak share dengan yang tak tau jee..

CARA TINGGALKAN PERKARA BURUK :
1. Berazam dengan seazam-azamnya nak tinggalkan dosa/keburukan.
2.Latih diri buat sesuatu yang mendatangkan hasil yang baik.
3.Jangan pernah cuba-cuba buat keburukan yang lain.. (pssss... keburukan/dosa ni boleh berjangkit tau)
4. jadi friendzone.. hahahaha. means... jangan bergaul dengan orang yang selalu melakukan keburukan dan tak inginkan perubahan diri.
5. Allah maha melihat. tanamkan dalam fikiran.. setiap waktu Allah ada dengan kita...

cukuplahh sampai lima je dulu.. kalau rajin nanti tambah lagi.. hehehe. selamat membaca dan beramal..


-Sekian-

Rabu, 19 Julai 2017

HANYUT

Assalamualaikum.. Apa khabar?? semoga kalian di dalam rahmatNya...
Penerusan cerita bermula kembali... Selamat memahami dan menghayati...


Lelah aku mendaki tangga hampir sudah aku kepuncak... Akan tetapi aku tertewas kerana godaan yang menarik aku untuk berundur ke tapak permulaan.. Semoga Tuhan masih merahmati diri hina ini... Saat aku benar-benar membuat pengabdian kepada yang Esa aku terjerumus ke lembah hina. Sedang aku menjadi mad'u untuk ummah.. Tuhan menarik nikmat ilmu yang aku miliki.. Aku melakukan apa yang aku sendiri katakan kepada ummah dunia... Aku terjatuh... Aku cuba bangkit.. Namun sukar.. Berkali kali aku cuba.. Aku gagal lagi... Aku putus asa dengan mudah... Dan aku meneruskan kemaksiatan ke atas diri ku.. Namun Allah memberikan hidayahNya. Ternyata Tuhan masih mengizinkan aku untuk menjadi dai'e untuk diri sendiri dan umat islam... Aku bangkit.. Aku lari dengan segala tenaga yang ada untuk mendaki kembali tangga puncak islam... Semoga Aku dan Dia serta kalian dalam lindungan kekasih kita Allah azzawajalla...

P/S : Kekadang tanpa diduga Tuhan menyentuh sedikit hati kita , untuk menguji sama ada diri kita kuat atau tidak.. Dalam mendekatkan diri dengan perkara baik dugaan yang terbesar ialah melakukan kemaksiatan kepada diri sendiri... Justru itu, Saat benar-benar terjatuh.. Jangan sesekali tangguhkan taubat dan berusaha untuk jadi yang lebih baik sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tidak diketahui...

Selasa, 16 Ogos 2016

Aku berpura-purakah??

Assalamualaikum.... Apa khabar buat anda semua. Saya doakan agar anda dalam keadaan yang sihat dan sejahtera...

Rasa macam dah lama pulak taa update... hehe... Rindu blog... Rindu pembaca entri ini jugakk. Ehhh.... Huhuhu... Semoga Saya semakin rajin nak update blog....

Oke. Back to the topic... "ikhlas ke aku". Apa Yang ikhlas ni???? Haaaaaa... Oke beberapa bulan yang lepas, kita baru je selesai melaksanakan ibadah berpuasa kan??? Time tu, saya anda mahupun sesiapa pun lah yang dikurniakan nikmat kerahmataan yang terbesar dari Allah kan... Pintu taubat dibuka seluas-luasnya. Namun pada masa semua orang sibuk buat amal ibadah ada je orang yang tak hormat langsung bulan penuh rahmat tu. Aihhh. But, bukan pasal nie yang saya nak cakap. Tapi pasal ibadah kita yang kita lakukan semasa bulan puasa dulu tu kita terus kan pada bulan-bulan yang lain... Tu lah perkara yang saya nak cakapkan. Huhu...

Masa bulan ramadhan dulu, kita tengok ada orang yang baca quran tak henti-henti. Ehhh... kena la stop sebab nak solat kan. ??? Hahaha..
 Ada orang yang masjid tu ibarat rumah kedua dia je.. Mesti tu dah jadi perkara biasa kan.

Oke... The point yang sebenarnya ialah adakah anda masih teruskan segala aktiviti yang anda lakukan semasa ramadhan dulu??? Jangan tanya orang sebelah. Tanya diri anda... Kita buat amal ibadat nie memang lah nak kan pahala...Tapi kenapa amalan tu hanya stop lepas habis bulan ramadhan??? Persoalannya KENAPA!!!

P/s : daa dpt jwpn sila Pm or komen...

-Sekian-