Rabu, 20 April 2016

IKHTILAT VS UKHUWAH

Alhamdulillah. Tuhan masih mengizinkan lagi saya untuk terus bernafas untuk meneruskan perjuangan yang belum tamat ini. Assalamualaikum para hadirin/hadirat sekalian. 

   


  Pada kali ini pula saya akan menyampaikan tentang IKHTILAT. Apakah kalian memahami makna sebenar ikhtilat? Kalau faham benar-benar faham atau sekadar tau asasnya sahaja atau mungkin fahaman anda berlainan? Dalam bab IKHTILAT ini saya tidak akan menghuraikan secara panjang hanya point-point penting sahaja yang akan di beri. Kalau bagi panjang-panjang nanti korang boleh ting tong pulak. Last apa pun tak dapat.

"Janganlah kamu mendekati zina. (Zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk " -Surah Al-Isra` ayat 32-

######

(Rujukan : blog Ustaz.Adnin Roslan)

 Apakah jalan-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang di katakana “mendekati zina”? Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 JALAN. Dan semua jalan ni, berdosa. Dan 7 jalan ni lah yang di katakana jalan yang “mendekati zina” yang wajib kita elak dan jauhi! Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu?

نظرة, فابتسامة, فسلام, فكلام, فموعد, فالقاء, فالزنا, فالنار

“Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina, kemudian masuk neraka!”


  • Pandang-pandang
  • Senyum-senyum
  • Bagi salam
  • Sembang-sembang
  • Temu janji
  • Berjumpa
  • Neraka
(Rujukan blog Ustaz. Adnin Roslan)

######

    DIFINISI:

     Maksud IKHTILAT secara mudahnya ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan ( ajnabi). Maksud ajnabi pula ialah seseorang yang boleh dinikahi....

HUKUM :

      Hukum IKHTILAT ialah haram... Saya ulang HARAM. Tetapi islam bukan lah agama yang berat.. Hukum ikhtilat boleh jadi HARUS untuk beberapa perkara.

SEBAB BOLEH JADI HARUS : 

        1. Jika ada darurat

 -Sbagai contoh : 
 Amar, Zaid, Kamal, Adam telah pergi melakukan aktiviti memanjat gunung. Tiba-tiba mereka terdengar suara jeritan meminta tolong. Setelah memerhati sekeliling mereka dapat ada sosok wanita di lereng bukit. Mereka pon pergi lah. Lalu salah seorang dari mereka menghulurkan tangannya kepada wanita tersebut. Akhirnya wanita tersebut dapat diselamatkan....

2. Jika ada hajat

- Sebagai contoh dalam urusan jual beli(yang membabitkan berlainan jantina)
- Urusan perkerjaan 
- dakwah

Namun pun hukum ikhtilat boleh terjadi harus atas sebab-sebab seperti di atas masih ada syarat-syarat yang HARUS, PERLU, WAJIB diambil hal.

SYARAT-SYARAT : 

  • Perlu tundukan pandangan
  • Menjaga jarak kedudukan
  • Berlaku dalam keadaan yang serius
  • Menutup aurat
  • Bercakap perkara yang perlu SAHAJA.
  • Tidak boleh berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim..

########




Hukum UKHUWAH antara lelaki dan wanita itu wajib. Tapi cuba kita fikir balik. Hati manusia boleh berbolak-balik. Ingatlah walaupon atas alasan "berukhuwah" ingatlah kawan masih ada syaitan yang sentiasa inginkan kemaksiatan... 

Aku tertarik dengan kata-kata dari Ustaz Adnin Roslan time dengar ceramah beliau
 " Yang rapat tak semestinya ukhuwah , yang jauh tak semstinya tak ukhuwah." 
"Orang yang jaga ikhtilat itu ialah ukhuwah sebenarnya.

Lebih kurang macam tu la ayat beliau...

Lebih elok kan kalau ukhuwan antara PEREMPUAN + PEREMPUAN = PEREMPUAN
LELAKI + LELAKI = LELAKI .....















1 ulasan: