Assalamualaikum, wahai saudara-saudari sesama islamku. Lama saya tak tulis blog... Busy sangat sekarang. Banyak assignment... Harap anda semua sihat dan sejahtera...
Tak intro panjang-panjang kita teruskan orite????
Anda pernah lihat tak, ada orang nie dia solat tak pernah tinggal, masjid selalu pergi, senang nak cakap, kebanyakkan ibadah semua dia buat... MasyaAllah.. Kagum tak??? Kagum lah kan... Tapi..... Disebalik itu, dia juga adalah ahli maksiat.. Haaaaaa..... Macam mana orang yang selalu melakukan ibadah boleh jadi macam tu???..
Pelik kan. Yes, pelik sangat..
Anda tau tak kenapa ahli ibadah boleh jadi ahli maksiat??? Siapa tau?? Angkat kepala... Siapa tak tahu boleh teruskan bacaan. Huhu...
Jika anda melakukan ibadah dengan niat lillahitaala, hidup mati kerana Allah... Segala-galanya kerana Allah, mana mungkin untuk anda melakukan kerana Allah.. Jika anda jaga hak Allah, Allah pasti teramat sangat Allah akan jaga hak anda.
Jika anda cintakan Allah, anda akan dengar apa sahaja yang Allah suruh... Jika anda kata anda CINTAKAN Allah tapi anda sedang bermaksiat itu maksudnya anda sedang berpura-pura... Janganlah macam tu...
Kalau anda cintakan seseorang anda akan dengar cakap dia kan. Fuhhh...(rehat japp)...
Dia suruh anda buat itu ini anda ikut je... Tu sebab anda cintakan dia... Anda tak nak lukakan hati orang yang anda cintai kan.. Sebab anda turuti segala arahan dia kerana nak dia makin kasih pada anda kan???
Haaa... Mcm tu lah jugak anda dengan Allah. Kalau anda nak Allah cintakan , sayangkan anda , anda kena Cintakan Allah dulu... Ikutlah apa sahaja yang Allah suruh, tinggalkan segala apa yang Allah dan Rasul larang. Bila tiba satu saat nanti , anda akan merasa jiwa jadi tenang. Nak buat sesuatu tu rasa mudah je... Nak berubah bukan mudah, tapi jaga niat InsyaAllah boleh.. Yang penting, dalam tempoh perubahan diri tu, anda jangan tinggal tarbiah.. Sebab tarbiah nie sangat penting....
-Sekian-