Jumaat, 24 Jun 2016

Kunci Kebahagiaan

Assalamualaikum... Kita hari ini masih ada lagi yang masih tercari-cari kebahagiaan. Namun demikian, ada yang dah bahagia tapi tak reti nak bersyukur.. Allahu.... Jangan lah macam tu...

Kali ini , saya nak kongsikan apa yang saya ketahui dan pelajari... Harap perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kebahagian.. Huhu...

Terdapat banyak kunci kebahagian. Tapi kali ini saya nak share kan kunci kebahagian menurut Imam Ali Bin Abi Talib... Terdapat 7 kunci kebahagian menurut beliau..

So, mari kita baca apakah ia...

1. Jangan membenci siapapun sekalipun ada yang menyalahi hakmu.

2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

6. Tersenyumlah walaupun hati anda sedang menangis.

7. Jangan memutuskan doa untuk saudara mukmin.

Haa... Dah tau kan??? So amalkan lah...

-SEKIAN-

Rabu, 22 Jun 2016

Kenapa Perlu Couple

Assalamualaikum... Saya harap anda semua masih dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang khalifah....

Banyak kali cakap fasal ni. Boring juga sebenarnya. Tapi masih ramai yang tak faham.. Entah la. Buat-buat tak faham kot. Haihhh...

Oke , saya nak tanya awak semua kenapa awak nak couple??? Best ke??? Tipu lah kalau seumur hidup saya , saya tak pernah couple.. Saya ni bukan lah baik sangat pon tapi sangat ingin jadi terbaik.. InsyaAllah... Huhu... Bukan tujuan nak cerita pengalaman bercouple ke apa lah kan. Tapi just nak bagitau, terdapat banyak perkara yang tak berfaedah malah boleh mendatangkan dosa... Serius tak tipu...

Saat couple semua lah manis kan?? Jangan tipu.. Tak baik tipu... Jujur.... oke... Anda nak tahu tak antara perkara-perkara yang sia-sia masa couple?? Nak tau??? Serius nak tahu?? Kalau tak nak tahu anda boleh stop sampai sini sahaja.........

Best ke couple ???? Jawapan saya TAK !!!!! TAK LANGSUNG !!!!
Kenapa tak best??? Sebab couple sebelum nikah itu HARAM.. saya ulang HARAM...
Jom check apa lagi yang tak best kalau couple ni :
1. Kau akn ada mslh hati
2. Jiwa kau kacau
3. Membazir duit
4. Kau menuju jalan² ZINA
5. Allah benci org yg bercinta sblom nikah
6. Kau tak dgr perintah Allah
7. Kau letakkan cinta manusia no 1.
8. Kau sibuk dgn dia hingga tak ade mase untuk Nya.. kalau ad kau lebihkan dia dari Tuhan kau.
9. Kau dah terpengaruh dgn musuh yg nyata ia musuh kau
10. Kau gagal kawal jiwa kau

Kalau terdetik kat hati anda nak couple ingat kata-kata ni :

Apabila seseorang itu mula MENCINTAI , maka dia akan sibuk MEMIKIRKAN orang yang DIA CINTAI sehingga dia KURANG memikirkan untuk agama dan dunianya. -Ibnu Qayyim-

Haaa.... Saya tak ingat kata-kata siapa "mana mungkin manusia boleh mengabungkan dua cinta (cinta pada Allah dan cinta pada manusia )pada suatu masa jika benar ia adalah dusta..." ....

P/S : semoga catatan kali ini boleh jadi panduan buat anda yang nak couple atau sedang couple...

P/S 2  : Dalam hadis qudsi Allah s.w.t berfirman : Aku Allah. Tiada tuhsn selainKu. Bila ditaati , Aku redha , Dan apabila Aku didurhakai , Aku murka. Aku mengutuk dan kutukan Ku bisa sampai tujuh keturunan.

So kalau anda tak nak dimurkai Allah, jangan lah buat apa yang Allah dan Rasul larang..

-Sekian-