Sebelum saya memulakan huraian tentang peranan iman ini saya akan menyatakan maksud iman terlebih dahulu.
Iman ialah pengakuan atau ikrar dengan lisan,membenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan amalan zahir.
Iman merupakan anugerah Allah kepada manusia yang tidak ternilai. Melalui iman manusia boleh mendekatkan diri kepada Allah. Dengan iman manusia akan mempunyi rohani dan jasmani. Oleh itu, iman antara lain memainkan peranan berikut :
1. Mewujudkan ketenteraman
=> Seseorang yang beriman akan sentiasa tenteram jiwanya sama
ada dalam keadaan gembira ataupun susah.
Firman Allah :
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yahudi, dan orang-orang sabin dan orang-orang nasroni, sesiapa sahaja diantara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka mereka tidak merasa takut dan bimbang, dan mereka juga tidak akan berdukacita.
(SURAH ALM'IEDAH AYAT 69)
2. Mewujudkan kekuatan jiwa
=> Seseorang yang beriman kepada Allah akan memperolehi suatu kekuatan jiwa yang unik.
3. Memupuk semangat berkorban
=> Iman juga boleh memupuk dan melahirkan semangat berkorban dikalangan orang-orang yang beriman. Keadaan ini berlaku apabila mereka telah beriman dan yakin dengan segala janji Allah.
Firman Allah :
" Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami membalas dengan ganjaran yang lebih baik daripada apa yang mereka lakukan.
(SURAH النحل AYAT 97)
3. Istikomah melakukan amalan baik
=> Seseorang yang beriman kepada Allah sentiasa menyedari ganjaran yang diberikan kepada setiap amalan yang dilakukan. Dia akan sentiasa berusaha untuk mempertahankan keimanan diri berkurangan atau pupus. Oleh sebab itu dia akan sentiasa istikomah dalam melakukan amalan soleh.
Firman Allah :
" Tidak ada paksaan dalam agama (islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan طاغوت, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus, dan (ingatlah) Allah maha mendengar lagi maha mengatahui.
(SURAH ALBAKARAH AYAT 256)
4. Melakukan amalan soleh dengan ikhlas
=>Beriman kepada Allah juga mendorong seseorang itu melakukan amalan-amalan dengan ikhlas. Amalan-amalan itu juga dilakukan sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
Firman Allah :
" Maka kecelakaan yang besar bagi orang yang melakukan solat.(iaitu) mereka yang berkeadaan lalai dari menyempurnakan solatnya. (juga) bagi orang yang berkeadaan riak (dalam menunaikan ibadah mereka).
(SURAH ALMAUNAH AYAT 4-6).
WALLAHHUALAM. Semoga dengan perkongsian ilmu itu tadi dapat sama-sama kita manfaatkannya. Itu adalah sebahagia daripada peranan ilmu.Maaf jika ada kesalahan ejaan dan sebagainya.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan kurang itu datangnya dari saya sendiri.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
(terima kasih kerana sudi membaca, sebarang cadangan sila cadangkan di rasyaasyafs@yahoo.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan