Selasa, 26 April 2016

SEKOLAH MENENGAH AGAMA

Assalamualaikum semua. Harap para pembaca dalam keadaan sihat. Sekarang musim panas banyakkan minum air ye.
Tak nak cakap banyak nak terus pada tajuk. Harapan agar pembaca dapat mengambil beberapa manfaat darinya. Tapi pada kali ini saya akan buat cerita /Story..

BAB 1

Pada tanggal 31/12/2010 maka tamatlah perjalanan hidupku di sekolah rendah. Dimana aku mula berlajar berteman, belajar dan bermain. Hidup perlulah sentiasa ada perubahan. Setelah tamat pembelajaran di sekolah rendah perlu pula beralih ke sekolah menengah.

  Ramai orang kata sekolah menengah lagi ramai kawan lagi best. Tapi aku bingung. Sekolah manakah aku nanti. Ayah dan emak menyuruh aku untuk masuk ke sekolah menengah agama. Namun pilihan ku ke sekolah menengah kebangsaan. Sungguh tak tipu sedih sebak hiba semua ada. Nak tak nak kena juga masuk sekolah agama. Memang first day sekolah macam blur sebab seorang pon kawan sekolah rendah join sekolah agama AL WOSTO.  Kalau ada pon lelaki. Say no to lelaki.

  Next day, mula ramai teman. Namun fahamlah niat bukan nak sekolah agama pon. So mood bersedih masih wujud. Tak dapat dibendung lagi. Bukan apa, sekolah agama nie kena hafal banyak sangat. Sampai 10 subjek agama. Tapi tu untuk form 4 lah. Form 1 3 tak ingat. Tpi banyak jugak. Dah nama sekolah agama kena belajar bahasa arab lah kan. Huhh. Itu adalah antara sebab-sebab berat untuk ke sekolah agama. Namun demi mengembirakan mak dan ayah aku pon masuk lah jugak.
  Aku awal-awal dah set minda bahawa otak aku bukan otak menghafal. Fuhh mengeluh panjang waktu dapat jadual sekolah. Pernahlah menangis. Namun segala cabaran harus ku tempuh. Relex la sampai form 3 je sekolah agama kataku di dalam hati .


BAB 2

Setelah lama-lama sekolah rasa hilang ketidakseronakkan bersekolah agama ni. Sekarang masa yang di tunggu-tunggu telah pon tiba. 2013 welcome to me. Menyambut dengan penuh kasih lagi sayang. Sebab tahun ni last sekolah agama. Yeahhhh !!! Lepas ni tak perlu menghafal lagi.

  PMR pon bermula. Aku kata kat mak " Mak lepas PMR ni nak tukar sekolah ehh??" . "tengok lah dulu", kata emakku. hurmmm. Mak nak try tipu ke macam mana ni. Janji tetap janji... Bantah ku di dalam hati.

Pejam celik result PMR pon dah keluar. Sekali lagi soalan sama diajukan kepada bonda tersayang, namun jawapannya agak menusuk ke jiwa bagaikan ombak memukul batu. Kata mak "boleh. Tapi buat surat tukar sendiri.".. Lalu aku pun pergi menenangkan jiwa dengan air mata yang berlinangan.

  Setelah beberapa minggu aku peroleh berita yang sanggat mengembirakan. Akhirnya aku boleh tukar sekolah. Yeahhh!! Last-last tukar sekolah agama lain. lah lah lahhhh. Cuba buat lawak kah ibu bapaku sekarang.. After a few week. Tiba-tiba perasaan yang mengedik nak tukar sekolah biasa tadi hilang. Bila difikirkan semula kalau tukar sekolah biasa nanti terbiasakah aku dengan persekitaran yang agak sosial itu. Alhamdulillah. Mungkin berkat doa bonda yang tercinta lah kot.


BAB 3

Farsa baru dalam hidup bermula semula. 2014 Di sekolah yang baru. Perghh sungguh krik-krik first time masuk sekolah. Sebab mungkin tak duduk asrama.. Walaupon sekolah tu ada kawan dari sekolah rendah tak bermaksud dia nak beteman abadi dengan kita sebab dia dah ada teman dari form 1. Huaaa. Menangis dalam hati je lah. Orang lain semua ada kawan. Tiba-tiba nampak seorang budak ni. Dia ni student baru jugak ke.? Rasanya tak sebab dah ada nametag. Yes ada geng yang tak ada kawan. Tapi tak kawan pon dengan dia sebab aku ni pendiam.

    Habis perhimpunan kami semua pelajar Tingkatan 4 diminta duduk kat dewan sebab ada minggu orintasi dan ceramah pasal Sijil Menengah Agama(SMA). Selama seminggu. Dan yang teramat sedih selama seminggu tu lah aku tak ada kawan. Dok seseorang macam aku ni busuk sangat. Hodoh sangat. Huhhhh....

  Bila dah tamat semua benda tu tiba lah masa masuk dalam kelas. Yeahh. Tak payah duduk kat dewan yang mana aku rasa diri ini dipinggirkan oleh masyarakat sekolah tu. Puihh puihh...
Bila masuk kelas ada kawan sorang-sorang tegur. "Ehh. Awak ni pelajar baru ke".?? Hampir semua yang bertanya soalan yang sama. Dalam hati memang sah budak-budak sekolah ni tak bermasyarakat. Boleh tanya soalan macam tu. Aku cakap ya budak baru. Ada sorang kawan cakap ouhh. ye ke.. Tak perasan pon masa orintasi?? WOIIII kau boleh tak perasan aku. Aku dah macam hape ko masih tak perasan. Kataku di dalam hati. Seorang lagi kawan ku berkata " kitaorang ni tak tau sangat budak baru ke lama. Tak pernah ambil kesah pon pasal kawan-kawan yang berlainan kelas."....
WHATTTT?? Tak kesah?? Aku ada kat sekolah mana sebenarnya ni. Kataku pada diri sendiri...  Selepas beberapa minggu aku ada kawan. Yang selalu ajak borak. Lepak. Tandas dll..

                    ****************Beberapa bulan kehadapan****************

Dah nama sekolah menengah agama mesti lah ada peperiksaan agamakan. Hayaaaa... Terdapat 10 subjek yang perlu aku hafal..  Meh aku terangkan satu-satu... Kalau tak nak tau boleh skip baca. Tapi baca bab seterusnya... !!!!

 1. Al-quran = hafal surah Luqman, Sajadah, Fathir sebab nanti ada syafawi alquran and peperiksaan bertulis.

2. Fiqh = Bukan semua fiqh. kau gila nak bagi kiteorang hafal semua fasal bab fiqh. Tertonggeng nak menghafal. Banyak subjet lagi nak cover woii..

3. Tauhid = Mengenai Allah. Tapi bukan semua.(ulasan sama macam no.2)

4.Tafsir = Tafsiran ayat alquan. Bukan setakan tafsir sebab ayat diturukan kat mana bila pengajaran ayat dll (ulasan sama macam nom 2)

5. Hadis = (ulasan sama macam 2)

6. Nahu dan sorof = Cara tulisan. Macam tatabahasa jugak lah. haa lebih kurangl lah. Tapi klu tak faham haper pon ko taa boleh. bukan setakat hafal kena faham woii.

7. Insyak dan muthala'ah = karangan. Kalau nak karang baik kena faham nahu dan sorof betul-betul lah. Tapi boleh hafal karang yang dah ada dalam kitab. Tapi kalau hafal tak komfem yang kita hafal akan keluar. Takkan nak hafal 1 kitab kot. Otak ko macam mana?? biar betul.

8. Adab dan Nusus = tentang gaya bahasa orang arab. syair arab jahiliah dll.

9. Mantiq = bab ilmu fikir. bukan ajar korang berfikir tapi bagi tau korang fasal orang pandai yang dulu2 fikir.

10. Balaghah = kata-kata sindiran(majaz) dan lain-lain lagi....

**** P/S :Aku cakap ni berdasarkan apa yang aku faham tentang subjek tu. Mungkin faham korang lain sikit. Tapi maksudnya yang sama***** BACK TO TOPIC**

 Peperiksaan percubaan serius cakap aku tersangatlah main-main. Relax la. Percubaan baru. Ok settle bab trial. Bila tiba time periksa sebenar aku struggle gila tahap nak pecah otak. Bagai segala-galanya bercampur. Disimpan pada file yang sama. No lah. contoh je. Setiap malam bangun untuk menghafal. Malam tak hafal beria pon. Kadang tu tak hafal langsung. Malam exam baru struggle hafal. Baru extream.. Hahaha.. JANGAN TIRU PERBUATAN INI!!! Pernah 2 subjek tak sempat habis hafal pagi exam baru hafal. Cool je. Percaya diri kena kuat bab hafal ni...

Selepas beberapa bulan lepas exam result pon keluar. Perghh. Bagai kan nak meletup jantung hati paruparu limpa etc.. Aku yang niat bukan nak masuk sekolah agama boleh teruskan perjuangan ke medan pertempuaran otak dan penulisan. Alhamdulillah berkat doa mak ayah dll , berkat usaha gigih dengan izin Allah aku lulus semua subjek. Tanpa ada gagal satu pon. Walaupon bukan mumtaz atau mumtaz sofi ada aku kesah janji aku lulus semua dan tak perlu ulang tahun. Boleh terus ke tingkatan 5 2015..
(result yang telah diblurkan atas sebab bukan mumtaz sofi)



BAB 4

Pada 2015 aku di tingkatan 5... Alhamdulillah . Sijil berhenti sekolah aku tertulis tamat belajar di sekolah menengah agama bukan di sekolah menengah kebangsaan. Dan aku percaya dan tahu kenapa mak dan ayah nak sangat aku tak keluar dari sekolah agama. Terima kasih yang tak terhingga buat Mak dan Ayah.. Dan juga kepada Tuhan yang Maha Esa... Walaupon niat pada awalnya bukan sekolah agama. Tak tau laa apa jadi dengan aku kalau bukan sekolah agama. Mungkin aku tak dapat tulis blog seperti ini. Hehehe.
Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan