Rabu, 3 April 2019

MANUSIA

SEMUA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH S.W.T ADA HAK.


Assalamualaikum pembaca semua.. saya harap kalian dalam keadaan jiwa yang tenang.
posting kali nie tak tau laa nak story macam mana.. orang alim pon boleh futur... ini kan pulak saya yang tersangat hina lagi tak ada apa-apa... pssssss... kalau nak tau lebih jelas futur itu apa, boleh laa pergi ke post saya yang sebelum ini atau kalau nak lebih info boleh klik maksud futur dengan lebih jelas.

tak nak banyak bunyi nanti orang jemu.. kita terus pada topik.. hak apa yang saya maksud kan tu??
banyak hak yang manusia boleh dapatkan... contohnya hak berada dalam keadaan yang aman dan makmur. hak memliki apa yang dimahukan... ehhhhh.. banyak lahh.. Tapi yang paling penting sekali, hak untuk berubah kepada lebih baik.

manusia zaman sekarang... cepat sangat menjatuhkan hukuman pada seseorang tu. walhal dari menghukum lebih baik memimpin.. betul tak??
benar... tak ada manusia yang sempurna.. sebab kita cuma hamba.. jadi masing-masing ada hak untuk berubah. Kalau kita memang berniat nak berubah teruskan.. abaikan apa yang manusia cakap.. nak tau cara nak berubah boleh baca di sini.

perubahan kita itu hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu. manusia takkan pernah nampak perubahan itu. sebab apa... sebab mereka merasa bahawa diri mereka sempurna. tapi mereka lupa bahawa mereka tidak layak mengambil kerja Allah. menghukum mengadili manusia itu kerja Allah.. bukan manusia..

jadi teruskan buat apa yang mengarahkan diri anda kepada kebaikan... yang tentukan syurga pahala neraka dosa bukan manusia,... Tapi Allah.. jadi..... jangan takut.. teruskan... biar buruk di mata manusia.. tapi indah di sisi Allah..


bayangkan... Allah turunkan 1% sahaja cinta-Nya di bumi. tapi 99% peratus lagi Dia simpan untuk kelak... cinta yang 1% tadi itu, dibahagikan lagi kepada jutaan makhluk-Nya. macam manusia, pokok, haiwan dan lain-lain.. so berapa peratus je cinta tu yang kita dapat?? cinta yg 1% dibahagikan pulak tu pon kita dah terasa indah bahagia... tak nak ke yang lagi 99% tu???

jadi abaikan lah orang nak pandang buruk pun pada kalian... keep strong. teruskan... sebab anda bukan keseorang...

macam orang cakap... mulut manusia itu tak akan pernah berhenti untuk mencerca manusia yang lain. nanti dia penat, dia diam lah.. okeyhhh....

maaf jika ada salah dan silap... sebarang pertanyaan atau perkongsian boleh terus ke rasyaasyafs@gmail.com... atau maklumat yang ada di blog ini. untuk lebih mudah. boleh baca versi web.

sekian...