Ahad, 7 Oktober 2018

SHORT STORY ( DIA MENDENGAR )

Assalamualaikum. untuk posting kali ni nak karang cerita pendek sikit lah.. lama dah tak buat karangan. last SPM. huhuuhu~~~

Bismillah.....

         kehidupaan berjauh dari keluarga mengajar Widad erti berdikari. Widad merupakan seorang pelajar universiti tempatan di Negeri Johor. Bukan sekali ini dia berjauhan dengan keluarga. sejak dari sekolah menengah widad sudah belajar hidup berjauhan dari keluarga. keluarganya benar-benar mempercayai dirinya. hal ini kerana widad sememangnya seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan dirinya. dengan berpakaian yang mematuhi syariaat islam. sememangnya tiada lelaki yang berani untuk menambil kesempatan.
       pada suatu hari, seorang rakannya mengajak widad untuk keluar bersiar-siar sementara cuti masih berbaki. berat hati untuk membuang masa kerana peperiksaan akhir akan menjelama tidak lama lagi. mengenangkan rakannya juga seorang wanita tidak elok seorang wanita keluar berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya. malahan hari pula akan menjelang senja. tanpa mengikut kata hati yang melarang dirinya untuk keluar dia pun keluar bersama sahabatnya dengan rakan lelaki yang tadi.
      setelah segala urusan sahabat baiknya itu selesai, widad mengajaknya untuk pulang kerana banyak lagi tugasan yang belum diselesaikan. namun. rakannya menolak. rakannya mengajaknya untuk bermalam diluar. sekali lagi tanpa berfikir panjang widad pun memperstujuinya. berdailog widad dengan hatinya "bukan selalu dapat overnight di luar".
     rakan lelaki mereka pun meminta izin untuk pulang terlebih dahulu kerana dia mempunyi kerja yang perlu diselesaikan kerana rakanya telah menelefon untuk menjadi jurugambar bagi majlis sambutan hari lahir.
      Tinggal lah dua sahabat tadi berdua dibandar. widad bercadang untuk menelefon rakan sekolah menegahnya untuk lepak bersama mereka kerana lelaki terbabit menyatakan rumahnya mempunyai permainan video game. widad dan rakanya, yaya adalah seorang kaki game. yaya juga menyokong pendapat widad untuk melepak bersama rakan sekolah menengah widad tersebut. seraya itu, widad pun menelefon rakan sekolahnya itu. dalam beberapa jam rakan lelaki tersebut datang untuk menjemput widad dan yaya di sebuah lokasi yang telah dikatakan oleh widad.
        setelah beberapa minit memusing bandar johor, rakan lelaki widad mengajak mereka untuk makan malam di sebuah kedai makan yang berhampiran terlebih dahalu sebelum pulang ke rumah.
di kedai makan tersebutlah mereka mula beramah mesra bagaikan tiada batasan. apabila diri gagal dikawal batasan juga tidak diendahkan lagi. usai makan malam, mereka begerak pulang ke rumah rakan sekolah widad yang bernama faiz.
       apabila tiba dirumah faiz, faiz meminta izin untukterlebih dahulu untuk membersihkan diri kerana faiz belum mandi dari pulang kerja. widad dan yaya hanya menanti didalam kereta kerana selepas faiz selesai mandi mereka akan meronda sekitar kawasan johor tersebut. dalam beberapa minit kemudian, faiz selesai mandi. mereka bertiga pun meneruskan aktiviti malam mereka tersebut.
     tiba-tiba, rakan yaya menelefon yaya dengan menyatakan dia ingin berjumpa dengan yaya sebentar.  terdetik didalam hati widad akan kegusaran untuk tinggal berdua dengan faiz. apa yang boleh dia buat oleh widad dia terpaksa akur dengan keadaan yang memaksanya untuk berdua sementara yaya berjumpa dengan rakannya. jam telahpun menunjukan jam 3:00 am. yaya masih tidak menelefon widad. mata pun bagaikan meniup untuk menutup kelopak. widad akhirnya tewas. dia tertido di dalam kereta.
   dalam masa yang sama, faiz yang sedar akan perbuatan widad tersebut, segera faiz membawa widad ke rumahnya. tanpa widad sedari dirinya telahpun berada didalam rumah faiz dan hanya ada mereka berdua didalam rumah yang gelap diterangi lampu dapur. faiz mengangkat widad tidur di sofa ruang tamunya. dia melihat widad tidur dengan lenanya. lantas dia pun tidur bersebelah widad di sofa tersebut. tiba-tiba faiz terjaga dari tidur. dia melihat widad masih lagi tidak sedarkan diri. lantas, nafsu seorang lelaki pun tiba. faiz cuba mencium widad namun masih tiada tindak balas dari widad. faiz mengangkat widad masuk ke kamar tidur nya. tanpa berfikir dosa dan pahala, faiz menyelak baju widad. lantas widad tidak memberi tindak balas juga. faiz cuba pula untuk membuka kain yang dipakai oleh widad. bingkas widad bangkit dari lena tidurnya. dia cuba sedaya upaya untuk melawan kudrat yang dimiliki oleh sang lelaki yang lebih sasa dari tubuhnya. tak terlawan oleh widad. wanita lemah itu itu hampir menjadi korban lelaki bersifat binatang tersbut. didalam hatinya hanya mampu berdoa semoga Allah mendatangkan keajaiban untuk dirinya. tiba-tiba, telefon widad berbunyi, menandakan yaya meminta untuk faiz mengambilnya. lega dihati hanya Allah sahaja yang tahu. jika lambat beberapa saat,widad akan hilang martabat sebagai seorang wanita suci..


sekiannn..... terima kasih.....


letakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah. percaya bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang dipohon oleh hambaNya yg taat. batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram harus dijaga dengan sebaiknya agar pekara yang tidak baik dapat dielakan. ingat.... lelaki mahupun wanita yang bukan mahram diharamkan untuk keluar berdua-dua tanpa ditemani oleh mahram...

perhatiannnn..... cerita tersebut hanya rekaan semata-mata agar dapat menjadi peringatan untuk kita semua.. wasalam..
 (maaf jika ada tersalah bahasa tertypo hehehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan